Skip to main content

SUAMI: 'SAYA MENYESAL'

front page, berita harian 7 Dec 2005 - contributed by Ligo Stone

SUAMI yang didakwa memukul bantai isterinya sehingga maut di flat mereka di Dover Road Jumaat lalu, dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan membunuh.> Tuduhan itu merupakan pindaan ke atas tuduhan asal - sengaja mencederakan isterinya dengan parah - yang dikenakan terhadap Mohammad Zam Abdul Rashid - sehari selepas kejadian tersebut.> Mohammad Zam, 44 tahun, seorang pekerja pembersihan, tidak membuat sebarang pengakuan.> Mahkamah diberitahu bahawa isterinya, Allahyarhamha Ramona Johari, seorang pekerja kilang berusia 38 tahun, meninggal dunia di Hospital Universiti Nasional (NUH) sekitar 8.45 malam Ahad lalu akibat dipukul bantai hampir sejam sehingga koma pada hari kejadia> Mohammad Zam diberkas di flatnya selepas polis menerima panggilan tentang kejadian di rumah pasangan tersebut di Blok 1, Dover Road, sekitar 1.40 pagi Jumaat lalu.> Pasangan itu telah berkahwin sekitar lapan tahun tetapi tidak mempunyai cahaya mata.Dalam kandang berkurung di mahkamah semalam, Mohammad Zam kelihatan bingung dan muram sambil mencari-cari sesiapa yang dikenalinya. Dia juga merayu diberi peluang menziarahi jenazah isterinya buat kali terakhir.
'Saya tak ada niat membunuh isteri saya. Saya merayu supaya berilah saya peluang terakhir untuk melihat isteri saya,' katanya sambil teresak-esak.
Menolak permintaannya, Hakim Daerah, Cik Danielle Yeow, berkata:
'Ini di luar kuasa saya dan saya tidak boleh memberi anda kelepasan untuk menziarahi jenazah isteri anda.'
Cik Yeow juga menarik balik tawaran ikat jamin $80,000 dan mengarahkan Mohammad Zam ditahan untuk siasatan lanjut.
Jenazah Allahyarhamha selamat dikebumikan semalam.
Adik tertuduh, Encik Abdul Rahim Abdul Ras hid, 43 tahun, ketika diberitahu hasrat abangnya untuk melihat isterinya, berkata:
'Buat apa dia (Mohammad Zam) nak tengok isterinya lagi... dah jadi jenazah. Kalau dia mahu pun, pihak keluarga tak akan kasi dia datang.'
Kesnya akan didengar lagi 13 Disember ini.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum gantung.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Comments

Popular posts from this blog

love-sick

i wonder if jimi kerja today ataupun tercegat kat depan kotak tv menyaksikan Oscar "live" sajer, mengubati demamnya hehe. Aku tak rasa dia buat kerja bodoh punnn... sebab suatu masa dulu, aku pun gitu. Tak pernah miss any of the award ceremony. Skarang jer aku tak de time utk benda2 gini, jadi aku suka tompang sekaki dgn obsesinya. selamat ada jimi , aku baca review dan lepas tu aku cari vcd sajer.. lovey masih blum 100% sihat. He lost 5kg in 5 days .. drastic tak tu? skarang ni dia rasa mabuk dan mual selalu. Last saturday, after dibdib's reading clinic lesson kita gie carik peacock feathers kat little india .. out of nowhere lovey turned pale, white!! cam tak de darah, aku risau. For the past nites lovey been talking in his sleep. Its all abt working. Last nite, i got notti and decided to record it instead. Hehehe .. so funny he said the office looked funny, looked like hospital and then he had a shocked to see me (i appeared in his dream). Actually dia berbual banya...

the after look..

At last i found time to snap few pictures of my kitchen and toilets. Ita a simple one so dun put high hopes on it k, its the time for "zen look" lah ... notice the simplicity? No matter what, new one will always look better kan? They say its nice to hv the same theme for kitchen and kitchen toilet .. so follow lor... my pink toilet ... pink suppose to be romantic mah... so can lomen-lomen lor...

Ramadhan 2019

Tahun ni marked a new bench mark in our Ramadhan activities. We hv bn doing qiamulail for the last 10 days of ramadhan. In searching for Lailatul Qadar. May Allah grant keajaiban lailatul qadar to 3us, amiin. 27th Ramadhan, im still fasting. No sign of period yet .. Allah is the best Planner. I pray for strength.. This year, we applied for financial aid with the mosque near us. Yup, we are one of those zakat resepient. Malu. But when life take its turn and kami sedar, ini semua qadar Allah. Kami harus jalani dgn syukur. Ya Allah, terima kasih atas bantuan yang kau kirimkan. Semoga kami dikeluarkan dari kemiskinan ini ya Rabb😭. Allahuma innaka tuhibnbu afwa, fa'fuanna.