semalam aku sempat ke masjid haji mohammed salleh @ makam habib noh untuk bersolat zohor. Kenapa masjid itu? sbbnya dekat dengan pejabat dan mereka bagi2 bubur waktu solat zohor lagi. Kebetulan nak merasa bubur di sana. Alhamdulilah, lepas solat ada pulak tu ceramah pendek. Syukur sangat dapat waktu sendirian munajat padaNya. Mendengar tazkirah pendek dari ustaz juga terasa nyaman dlm jiwa. Dah lama.. ustaz ada ingatkan yg kita berada dlm pertengahan ramadhan, waktu utk meminta ampun pada Allah. Jadi tu, zikir lah pada Allah.. sependek 'Astaghfirullah' pun boley. Insyallah, aku akan cuba praktikkan. Berkata jugak dlm hati kalau boleh nak minta 2 ikat bubur.. utk mak/bapak sebungkus dan sebungkus lagi utk aku dan ayah. Alhamdulilah doa terkabul. tak payah nak minta memang diberi pun, syukur. oleh kerana aku dah tercuri banyak masa di masjid, lintang pukang aku pergi beli makan utk buka, pulang rumah ayah dan keluar lagi pergi ambik anak2 pulang dari sekolah. Dlm keadaan penat...