Skip to main content

ramadhan aku..

semalam aku sempat ke masjid haji mohammed salleh @ makam habib noh untuk bersolat zohor. Kenapa masjid itu? sbbnya dekat dengan pejabat dan mereka bagi2 bubur waktu solat zohor lagi. Kebetulan nak merasa bubur di sana. Alhamdulilah, lepas solat ada pulak tu ceramah pendek. Syukur sangat dapat waktu sendirian munajat padaNya. Mendengar tazkirah pendek dari ustaz juga terasa nyaman dlm jiwa. Dah lama.. ustaz ada ingatkan yg kita berada dlm pertengahan ramadhan, waktu utk meminta ampun pada Allah. Jadi tu, zikir lah pada Allah.. sependek 'Astaghfirullah' pun boley. Insyallah, aku akan cuba praktikkan. Berkata jugak dlm hati kalau boleh nak minta 2 ikat bubur.. utk mak/bapak sebungkus dan sebungkus lagi utk aku dan ayah. Alhamdulilah doa terkabul. tak payah nak minta memang diberi pun, syukur.


oleh kerana aku dah tercuri banyak masa di masjid, lintang pukang aku pergi beli makan utk buka, pulang rumah ayah dan keluar lagi pergi ambik anak2 pulang dari sekolah. Dlm keadaan penat, haus, lapar dan panas gini, bila ada yg tunjukkan sekilas 'sayang' pada aku, membuatkan aku jadi sedih. Luntur semua tembok yg aku bina, cair.. tersedu2 aku menangis, terharu, bersyukur dgn Rahmat Allah. Sambil berjalan aku menangis, seorang diri, dalam terik mentari, hanya Engkau Ya Rabbi menjadi saksi walaupun tangan ku sarat dgn bubur, lauk dan kueh utk berbuka puasa. Orang yg dlm motor dan kereta yg melihat aku tak akan paham. Aku pun tak mau pahamkan mereka.

Sesungguhnya ramadhan ini amat mencabar.. tapi aku laluinya juga. Suka/duka .. mungkin kerana ini jugak lah, aku memandang pada 'dia' yg di kerusi roda. Bantuan aku tak seberapa tapi beban aku terasa ringgan bila membantu dia. Tengok ni .

Comments

Anonymous said…
salam Kak lun,
Happy belated birthday and Happy Ramadhan.

Kak Lun, ada berita gembira..saya sudah jadi papa sekarang. A baby boy. Namanya Rayyan Haziq.

Tapi sayang, saya duduk di UKM, sambung belajar. Baby dan isteri ada di kelantan. Berjauhan.

dzue.
lunacy said…
Alhamdulilah..im happy for u dzue!! ops! oh u study lagik ke..semoga segala pengorbanan membawa kepanisan ye dek ;)

thanks for the happy wishes & the happy news !!
she-blocks said…
k.lun....cekya pun time2 ramadhan nih, verrrryyyy sensitive. kalau berdoa yg sedih sket, nangis...ntah la. airmata nih, buat sale pulak bulan2 puasa nih...

Popular posts from this blog

Salam Sayang utk Ibu-Ibu

Lagu:Untuk Ibu Dari:Black Dog Bone Dari jiwa yang luhur datang keinsafan Mengenangkan ibuku yang melahirkan Membelai penuh manja dan membesarkan Pengorbananmu ibu aku sanjungi Kini waktunya untuk kubalas jasa Padamu ibu tercinta Engkaulah syurga tiada bandingannya Nasib ibu akan kubela Oh oh oh Kasihmu ibu tiada berbelah bagi Memelihara aku sepenuh hati Kesihatan dirimu tak kau hiraukan Engkau menjaga aku seperti nyawa

monologue utk ibuk

ibuk, sejak ibuk dah tak de ni.. Bik selalu terkenangkan ibuk. Sekarang Bik cube buat sarapan; roti dan air panas utk mkn kat kereta. Macam yang ibuk selalu buatkan utk bik agan lovey mkn dlm perjalanan ke ofis. Mula tu, Bik cuma siapkan sarapan utk adib kesekolah. Dlm pada itu teringatkan ibuk. Macam gini agaknya perasaan ibuk sediakan sarapan utk kita semua. Bila Bik siapkan roti buat bekal mkn dlm kereta, teringat pula mana airnya? ibuk mesti geleng kepala tak setuju Bik buat kerja tak sempurna kan? So sekarang ni, Bik pack roti dan air teh susu/nescafe tiap pagi utk mkn dlm kereta dgn lovey. Terasa sangat macam waktu dulu.. waktu ibuk sihat. Buk, sejak ibuk tak de .. ayah senyap jer. Berbual pun kengkadang. Setiap hari masuk jer waktu ayah solat dan disusuli dgn bacaan tahlil utk ibuk. Lepas tuu ayah tidur. Ayah kata, sekarang kita semua kene pandang kedepan. "Ayah dapat rasa ibuk aman di sana" kata ayah. Ayah cuci baju sendirik sekarang nih. Semalam Bik beli lauk Asam...

morning & me

Pagi ni smua rasa tak betul. hati meluap2 tapi aku tetap diam, segalanya mendatangkan kemarahan. Sebelum keadaan melarat aku kluar rumah untuk ke office walaupun pagi masih gelap. Berbagai benda berlegar dlm otak entah lah dari semalam aku dah macam gini. sengaja aku tidur awal to avoid talking to lovey. Even the programme on tv loath me to death. pagi ni, issue tudung mustard piss me off, dibdib pulak tak mau buat homework, hump! Dat's it, aku bersiap dan terus kluar. mungkin penat dan tak cukup tidur kot . Suasana pagi di luar segar saje .. entah kenapa langkah ku seakan slow sangat. Im practically dragging my feet, tekak rasa macam tercekik, pathetic kan? Aku lihat2 keliling dan dapat lihat di belakang tempat memungut sampat ada wanita berbaju kurung sedang duduk di situ walaupun tak berapa clear sebab dia di cover dgn kotak2. Aku nampak tuan2 yg membela anjin berlari2 anak, aku nampak ramai nyonya2 berlari2 anak. Haaaiii, aku jugak yg terbelakang. Jarang skali muka aku masam ma...