Skip to main content

move away..

eidul adha berlalu terus .. aku tetap memilih utk menyambutnya dgn berbaju kurung melayu hijau dan berjubah hijau di pagi raya. Bagi aku, panggilan takbir itu terlalu istimewa utk dibiarkan. Biarlah sambil berpakaian sedondon kita bertakbir bersama. Terasa lebih lengkap begitu. lovey, adib dan kimi, betul tak??

Hari hari aku lalui dgn memikirkan kondosi ibuk tercinta. Setiap saat, setiap detik utk ibuk. Alhamdulilah lovey memahami. Sepertinya tak ada yang lebih bermakna dari ibuk. Sewaktu menonton drama hari raya, mlm isnin lepas aku seakan melihat kan aku mendokong watak yang dimainkan oleh sharon sewaktu bapanya sedang sakit. Im just not ready to let him go. Itu kata sharon. Itu juga yang selalu bermain diminda aku. Its not that ibuk dah sampai takah 3. Tapi perasaan takut kehilangan ibuk sentiasa membebani aku. Sebab itu kepala aku selalu saje terasa sakit .. stress mungkin. Dlm pada itu, aku diuji dgn orang2 dikeliling yang bisa ketawa bila aku katakan ibuk ku sakit. Ada juga mereka yang bila tanya perkembangan ibuk. Aku jawab saja ibuk sedang sakit. Mereka seolah2 terperanjat. Hairan aku, apa mereka ingat cancer tahap4 seperti sakit kepala yang akan hilang lepas telan panadol?? Aku terus jauhkan diri dari orang begini. Kalau ikutkan hati, mahu aku doakan semoga mereka berada ditempat aku secepatnya. Tapi bak kata ayah .. jangan ambik pusing apa orang kata. kerana itu ujian utk aku dari Allah. Yang berkata hanyalah melakonkan watak yang ditetapkan Allah. Yang penting, aku kene sabar dan faham bahawa Allah sedang menguji aku.

Terasa seronok pula bila dpt berbual dgn ayah begini. Dahulunya aku sukar nak mengadu tapi sejak ibuk sakit, segalanya bercelaru. Dlm kesusahan terselit kemanisan yang amat mahal harganya.

Sementara itu tak berani aku nak menyuruh ibuk bersabar. Kerana dari dulu ibuk dah banyak bersabar .. perkataan sabar rasanya sungguh tak appropriate sekali dlm kamus hidup ibu. Aku minta ibuk kuatkan tekad dan yakin dgn izin Allah, ikhtiar kami akan berjaya. Semoga ibuk terus tabah dan cepat sihat
.

Amin.

Comments

Anonymous said…
Amin!! *hugs*
lunacy said…
thanks for the prayers imshe ;)
Yati WTL said…
kita sama doakan agar ibuk bertambah sihat.

Jgn peduli apa kata org..
lunacy said…
thks darling, only those who gone thru it will understand, kan?

Popular posts from this blog

Salam Sayang utk Ibu-Ibu

Lagu:Untuk Ibu Dari:Black Dog Bone Dari jiwa yang luhur datang keinsafan Mengenangkan ibuku yang melahirkan Membelai penuh manja dan membesarkan Pengorbananmu ibu aku sanjungi Kini waktunya untuk kubalas jasa Padamu ibu tercinta Engkaulah syurga tiada bandingannya Nasib ibu akan kubela Oh oh oh Kasihmu ibu tiada berbelah bagi Memelihara aku sepenuh hati Kesihatan dirimu tak kau hiraukan Engkau menjaga aku seperti nyawa

monologue utk ibuk

ibuk, sejak ibuk dah tak de ni.. Bik selalu terkenangkan ibuk. Sekarang Bik cube buat sarapan; roti dan air panas utk mkn kat kereta. Macam yang ibuk selalu buatkan utk bik agan lovey mkn dlm perjalanan ke ofis. Mula tu, Bik cuma siapkan sarapan utk adib kesekolah. Dlm pada itu teringatkan ibuk. Macam gini agaknya perasaan ibuk sediakan sarapan utk kita semua. Bila Bik siapkan roti buat bekal mkn dlm kereta, teringat pula mana airnya? ibuk mesti geleng kepala tak setuju Bik buat kerja tak sempurna kan? So sekarang ni, Bik pack roti dan air teh susu/nescafe tiap pagi utk mkn dlm kereta dgn lovey. Terasa sangat macam waktu dulu.. waktu ibuk sihat. Buk, sejak ibuk tak de .. ayah senyap jer. Berbual pun kengkadang. Setiap hari masuk jer waktu ayah solat dan disusuli dgn bacaan tahlil utk ibuk. Lepas tuu ayah tidur. Ayah kata, sekarang kita semua kene pandang kedepan. "Ayah dapat rasa ibuk aman di sana" kata ayah. Ayah cuci baju sendirik sekarang nih. Semalam Bik beli lauk Asam...

morning & me

Pagi ni smua rasa tak betul. hati meluap2 tapi aku tetap diam, segalanya mendatangkan kemarahan. Sebelum keadaan melarat aku kluar rumah untuk ke office walaupun pagi masih gelap. Berbagai benda berlegar dlm otak entah lah dari semalam aku dah macam gini. sengaja aku tidur awal to avoid talking to lovey. Even the programme on tv loath me to death. pagi ni, issue tudung mustard piss me off, dibdib pulak tak mau buat homework, hump! Dat's it, aku bersiap dan terus kluar. mungkin penat dan tak cukup tidur kot . Suasana pagi di luar segar saje .. entah kenapa langkah ku seakan slow sangat. Im practically dragging my feet, tekak rasa macam tercekik, pathetic kan? Aku lihat2 keliling dan dapat lihat di belakang tempat memungut sampat ada wanita berbaju kurung sedang duduk di situ walaupun tak berapa clear sebab dia di cover dgn kotak2. Aku nampak tuan2 yg membela anjin berlari2 anak, aku nampak ramai nyonya2 berlari2 anak. Haaaiii, aku jugak yg terbelakang. Jarang skali muka aku masam ma...