Di Pinggiran Aidilfitri, perasaan bertambah sendu. setiap kekata manis yang aku dengar menyambung kecerian harian dan kekata pahit menjadi racun di jiwa. Perasaan sentiasa berbolak balik, Bagaimana agaknya kunjungan pertama ibuk melihat kita yg masih di sini? Pincang aku tanpa ibuk.
Ramadhan berlalu; itu suatu yang pasti. Alhamdulilah tahun ini, hati terasa dekat dgn Nya. Mungkin kerana nasib yg terasa dirundung malang. Perasaan itu mendekatkan aku pada Dia - yang mendengar setiap rintihan dan tangisan dlm hati. Terasa hati ini lembut kembali, keyakinan pada takdir dan tawakkal pada Allah menjadi amalan harian aku. Itu saja yang aku mampu. Buat baik kepada ibu bapa menjadi kebiasan, hormat dan jaga tutur kata semampu yang boleh, cuba aku praktikan.
Di pinggiran Aidilfitri menjadi lagu pilihan hari raya kali ini.

Terdengar suara takbir bergema lagiDi hati sunyi dan sepiYang pergi takkan kembaliBersemi rindu di hatiDan pilu yang tak bertepi
Di Pinggiran AidilFitri ini, aku memohon ampun & maaf atas kesilapan yg aku lakukan.
Eid Mubarak., Minal Aidil Wal Faaizin.
Comments
Salam eidul mubarak...
Maaf ku pohon sekiranya selama ini aku alpa menyelami kesedihan mu..
Maaf jua ku pohon sekiranya selama ini aku leka memahami perasaan mu..
Maaf ku pohon sekiranya selama ini aku gagal menjadi teman mu...
Tapi percayalah, kau tetap di hati ini, hingga akhir hayat ku...
Salam sayang dari ku yang jauh... kirim salam pada sahabat handai & rakan taulan kita... Selamat Menyambut AidilFitri... bersederhanalah, insyaallah Allah akan ubati hati mu yg pilu...
i missed Ramadhan, and i hope can maintain apa yg cekya buat during Ramadhan sampai bila2, insya-Allah, doa2kan cekya yea...
love you so much!
Selamat Puasa 6 :)
dearie cekya, its all abt istiqamah. Insyallah, u can do it gurl. Luv u too cekya.
cekmi, thanks cekmi. ur so full of life. ur an inspiration u noe. thanks so much for sticking around. Selamat hari raya ke erm .. ke-10!