sabtu lalu selepas menghantar ayah pulang dari jemputan kahwin, kami melalui lebuh raya eunos untuk pulang ke rumah. Lovey ternampak ksj menahan teksi dgn wajah serius sekali dan terus bergagas menaiki teksi tersebut. Aku capai hp dan terus menghubungi ksj. Dengah suara riang aku telephone dia dan berkata "oit, naik teksi nak gi mana tuu?" berderau darah bila aku dengan jawaban ksj. Dia kata "lun kat mana? ksj nak gi hospital, babak ksj meninggal". Kau tahu tak perasaan aku macam mana waktu tu? suara high pitch aku terus aku adjust .. kematian bukan perkara mudah nak diterima akal dan perasaan. Sebagai sahabat aku beritahu ksj, jgn takut akan aku beritahu sahabat2 yang lain.
Malam tu, aku pergi melawat.. Alhamdulilah sempat baca tahlil bersama. Ksj lihat tenang aje, bagus lah begitu. Hari tu hari aku, hari ni hari ksj pula ..
.. dan Syawal pun berlalu.
Malam tu, aku pergi melawat.. Alhamdulilah sempat baca tahlil bersama. Ksj lihat tenang aje, bagus lah begitu. Hari tu hari aku, hari ni hari ksj pula ..
.. dan Syawal pun berlalu.
Comments
Mungkin betul kata Morrie Schwartz: "Death just ends a life, but not a relationship."