Aku masih terbayangkan wajah seorang ibu yang aku jumpa semalam. Dia duduk meminta sedekah di TKC. Tak seperti peminta sedekah yang lain, 'ibu' ini duduk menadah tangan sambil mengesat2 airmata yang tak de hentinya. Setiap yang lalu lalang di situ kehairanan. Kerana dia tak ubah bagai anak kecil yang ditinggal ayah/ibu. Raut muka yang penuh kerisauan, kesedihan dan kebingungan. Aku tahu kalau aku teruskan langkah tanpa menghulur sedikit bantuan pasti hati aku akan resah.
Aku lihat seorang lelaki bangla dan wanita muda cina menghulurkan sedikit bantuan buat 'ibu' itu. Airmatanya bergenang. Bila aku menghampirinya aku seakan mendengar suaranya berkata 'terima kasih' tapi aku tahu itu hanya suara hatinya yang terlahir dari mata yang aku amati dalam-dalam. Aku pasti dia menjadi mangsa keadaan. Ku lihat keliling kalau-kalau ada anak derhaka yang memaksa 'ibu' itu meminta di situ. Tak ada!
Langkah pergi ku meninggalkan 'ibu' itu menjadi sebak. Tak pernah aku rasa begini bila bersedakah pada sesiapa pun. Dalam sebak aku berdoa pada Allah semoga dikurniakan rahmat dan rezeki utk 'ibu' itu. Sesungguhnya tempatnya bukan di situ.
Mungkin hari ni akan aku lalu di situ lagi.. Insyallah.

Comments