Wahai taman langitku .. aku bersyukur kerana di sini aku merasa nyaman dan tenteram sekali. Di sini bagaikan tempat aku berlari dan berhibur hati. Di sini tempat aku menjadi 'aku' mengeluarkan segala apa yang aku rasa di hati. Di sini tempat aku berkenalan dengan ramai penulis yang bernama tapi tak berwajah. Melalui tulisan dari hati inilah kami bersatu mengenali dan bertegur sapa. Manis sekali peristiwa yang lalu. Bila sudah saling kenal terjadi persahabatan yang akrab seakan hidup tak lengkap tanpa membaca cerita masing-masing. "Indah! terasa indah" seakan lagi nyanyian Padi dalam lagunya kasih tak sampai. Kehendak alam mungkin, "tak ada yang abadi.." terdengar suara ariel mengalun indah .. ramai yang tak menulis lagi, ada yang terus menghilangkan diri. Alhamdulilah ada jugak yang masih setia, Syukur. p/s: aku hanya terinagat nostalgia kita bersama di petang Februari ini.
Now-40s..this is where i get personal