Skip to main content

roda hidup

tak, aku tak datang dari keluarga mewah tapi satu waktu dulu hidup kami selesa tak lah kaya mana. Ayah aku kalau bayar yuran sekolah $120 untuk satu tahun. Waktu tu anak2 lain tercengan kenapa aku tiap-tiap bulan tak payah beratur untuk lunaskan yuran bulanan sekolah. Aku pun masa tu tak pasti. Tapi hidup ini tak ubah bagaikan putaran roda, satu hari tu ayah aku diberhentikan kerja. Puas dia carik kerja tapi susah nak lekat. Aku pula gembira sebab dapat beratur bersama kawan lain untuk membayar duit yuran sekolah. Tapi ada masa-masa tu dengan nada marah ayah kata 'kalau susah sangat, berhenti jer sekolah'. Sedih aku waktu tu, aku tak mau jadi gelandangan. Aku mahu jadi orang terpelajar, dlm hati bertanya sendiri apakah nasib aku seterusnya ... Alhamdulilah ibuk lah orang yang kuat berikhtiar sebab itu sayang aku pada ibuk setinggi langit. Aku tak suka tunjukkan rasa sedih aku depan ibu, jadi titisan airmata selalu jatuh melimpah bila aku berjalan ke sekolah atau waktu tidurku. Aku simpan segala keaiban rapi-rapi. Aku tak pasti kalau sahabat2 aku masih ingat lagi tak, ada masa aku datang sekolah dan terus menangis. Tapi sayangnya tak siapa pun yang berani bertanya sbb waktu sekolah dulu aku ni ibarat si "kepala angin". Macam-macam angin yang hinggap, salah hari bulan aku naik angin. Tapi serius aku katakan, aku tak ingat macam mana diri aku sewaktu aku marah. Sungguh aku tak ingat. Ani, Lin .. kalau korang ada terbaca blog ini, ingatkan lah aku .. yang aku ingat sahabat dunia akhirat aku Lin, Ani dan Jun merupakan manusia terbaik yang aku jumpa. Sentiasa sabar dengan 'angau'ku. Mungkin juga kerana mereka aku jadi Lunacy yang sekarang ini. hai itu lah cebisan dari kisah hidup aku.


tapi minggu lepas, sedara aku datang ke pejabat tempat aku berkerja untuk bertemu dengan aku. Aku cemas. Seakan dah boleh aku agak tujuannya. Bila dia cakap hasratnya, aku jadi lemah, sesungguhnya aku pun orang susah, aku paham perasaan dan kesempitan hidup. Untuk menolak permintaan sedara aku .. aku tak pasti boleh. Alhamdulilah, atas nasihat dari orang dekat, aku berikan alasan yang amat munasabah.

baru sebentar tadi, adek bagi tau yang makcik aku terpaksa keluar berkerja untuk menambah pendapat keluarga. Sedih juga aku dengar, Ya Allah ya Rabbi ampunkan lah dosa kami, bantulah kami ya Allah.

Dan terima kasih Ya Allah, atas peringatan ini semoga kami tidak lalai, Insyallah.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Sayang utk Ibu-Ibu

Lagu:Untuk Ibu Dari:Black Dog Bone Dari jiwa yang luhur datang keinsafan Mengenangkan ibuku yang melahirkan Membelai penuh manja dan membesarkan Pengorbananmu ibu aku sanjungi Kini waktunya untuk kubalas jasa Padamu ibu tercinta Engkaulah syurga tiada bandingannya Nasib ibu akan kubela Oh oh oh Kasihmu ibu tiada berbelah bagi Memelihara aku sepenuh hati Kesihatan dirimu tak kau hiraukan Engkau menjaga aku seperti nyawa

monologue utk ibuk

ibuk, sejak ibuk dah tak de ni.. Bik selalu terkenangkan ibuk. Sekarang Bik cube buat sarapan; roti dan air panas utk mkn kat kereta. Macam yang ibuk selalu buatkan utk bik agan lovey mkn dlm perjalanan ke ofis. Mula tu, Bik cuma siapkan sarapan utk adib kesekolah. Dlm pada itu teringatkan ibuk. Macam gini agaknya perasaan ibuk sediakan sarapan utk kita semua. Bila Bik siapkan roti buat bekal mkn dlm kereta, teringat pula mana airnya? ibuk mesti geleng kepala tak setuju Bik buat kerja tak sempurna kan? So sekarang ni, Bik pack roti dan air teh susu/nescafe tiap pagi utk mkn dlm kereta dgn lovey. Terasa sangat macam waktu dulu.. waktu ibuk sihat. Buk, sejak ibuk tak de .. ayah senyap jer. Berbual pun kengkadang. Setiap hari masuk jer waktu ayah solat dan disusuli dgn bacaan tahlil utk ibuk. Lepas tuu ayah tidur. Ayah kata, sekarang kita semua kene pandang kedepan. "Ayah dapat rasa ibuk aman di sana" kata ayah. Ayah cuci baju sendirik sekarang nih. Semalam Bik beli lauk Asam...

morning & me

Pagi ni smua rasa tak betul. hati meluap2 tapi aku tetap diam, segalanya mendatangkan kemarahan. Sebelum keadaan melarat aku kluar rumah untuk ke office walaupun pagi masih gelap. Berbagai benda berlegar dlm otak entah lah dari semalam aku dah macam gini. sengaja aku tidur awal to avoid talking to lovey. Even the programme on tv loath me to death. pagi ni, issue tudung mustard piss me off, dibdib pulak tak mau buat homework, hump! Dat's it, aku bersiap dan terus kluar. mungkin penat dan tak cukup tidur kot . Suasana pagi di luar segar saje .. entah kenapa langkah ku seakan slow sangat. Im practically dragging my feet, tekak rasa macam tercekik, pathetic kan? Aku lihat2 keliling dan dapat lihat di belakang tempat memungut sampat ada wanita berbaju kurung sedang duduk di situ walaupun tak berapa clear sebab dia di cover dgn kotak2. Aku nampak tuan2 yg membela anjin berlari2 anak, aku nampak ramai nyonya2 berlari2 anak. Haaaiii, aku jugak yg terbelakang. Jarang skali muka aku masam ma...