Syukurku atas segalanya ya Allah. Ampunkan aku jika selama ini aku lalai ya Allah. DugaanMu kali ini mendekatkan aku padaMu. Ya Allah, terima kasih kerana kau dekatkan aku dengan mereka yg beriman dan solehah. Nasihat mereka membuka mindaku yang semakin kusut dan sempit.
Sesungguhnya aku bodoh tak pandai menegakkan keadaan. Aku tak pandai mecela kata2 mereka. Maafkan aku lovey, kelemahan aku menyebabkan engkau terus dikata.
Barangkali ayah lupa suatu waktu dulu aku lah yang memujuk hatinya supaya memaafkan adik (atas nasihat lovey). Barangkali ayah lupa bertapa marahnya dia saat itu. Segala kekesalan dan kekecewaan yg dia sampai kan padaku tapi akhirnya dia lembut juga.
Dan sekarang perasaan yang sama menyelubungi lovey. Aku puas memujuk tapi masih tak berhasil. Siang tadi aku dengarkan saja kata-kata ayah tentang isu ini. Aku tak bantah kerana aku tak mau ayah sakit dada.
Lovey hanya mahukan kata maaf tapi jika kemaafan itu terlalu tinggi buat mu. Aku terpaksa mengundur diri.
Aku akan pulang ke asal hukum. Taatku pada Allah dan Rasul, taatku pada suami dan diikuti oleh ayah. Syurga Ada di tangan suamiku. Semoga dgn cara ini Allah akan membuka jalan terbaik utk kita semua.
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim.. Bantulah aku...
Now-40s..this is where i get personal
Comments