Siang tadi waktu aku duduk mengaji di masjid sambil menunggu solat jumaat, terdengar isakkan tangisan seorang teman. Subhanallah, air matanya mencurah2. Dlm hatiku berbisik "ya Allah Sesungguhnya ada jua org lain yg sedang diuji.. bukan sekadar aku sekeluarga saja." Beberapa kali aku pusing melihat dia yg masih tersedu sedan. Selepas mengaji, aku bertanya2 patut ke aku 'menyoponya'? Maklumlah, takut org tak suka. Aku bulatkan semangat dan terus menghampiri dia. Dia terus peluk dan nangis dlm pelukan. Subhanallah, dlm hati ku berdoa semoga Allah permudahkan dia menghadapi apa jua yg dia hadapi.
Masih lagi teringatkan dia.. suriani teman belajarku, semoga kamu tabah, insyallah.
Ya Allah, kelihatannya seperti suamiku semakin kurang sakitnya, semoga segala usaha kami menyihatkan suami dia, Ameen.
Comments