Skip to main content

bila agaknya tu?

setiap hari semakin hampir aku ke akhir tahun. setiap kali itu jantung ku berdebar. datang 2010, aku akan mula berkerja penuh semula.


menyikap kebelakang, Alhamdulilah aku mengambil keputusan utk berkerja setengah hari. Keputusan yg tepat terutama sekali waktu ibuk sakit dulu.

memandang ke depan pula, hati aku tak tenteram utk meninggalkan anak2 pada mak dan bapak. Aku tahu mereka ikhlas saja utk menolong.  Selama ini pun aku cukup bersyukur kerana mereka sudi menjaga anak2 aku. Tapi aku juga akur dgn umur mereka yg semakin tua mana ada hati untuk aku serahkan tanggungjawab menjaga anak pada mereka.  Hati aku susah nak membenarkan dan akal aku selalu mencari jalan untuk aku tidak buat begitu. Anak2 aku kanak2 lasak. Adib perlukan perhatian dlm pelajaran. Kimi perlukan tempat utk dia dipeluk, dicium dan disayang-sayang. Sejak akhir-akhir ini kimi selalu teringat kan ibuk yang dia panggil 'Nyai'. Kimi mahu Nyai. Kimi kata Nyai sayang kimi. Kimi mahu Nyai dukung kimi. Alhamdulilah, aku terjumpa gambar ibuk mendukung Kimi dan ada juga video ibuk mendukung kimi sambil menghayun ke kanan dan ke kiri ala ber'dancing' pulak mereka berdua. Kimi tersenyum gembira melihat gambar dan video tersebut. Semalam, Adib bertanya pada aku, bila ibuk nak stop pergi kerja? Jawaban aku, duit belum cukup macam mana nak stop kerja? Jawab adib: kat bank kan ada banyak duit. Alahai ... anak ku sayang, duit yang banyak kat bank tuu duit orang bukan duit kita, kan?

anak2 aku perlukan lebih dari perhatian. Mereka perlukan belaian jugak .. ibuk dah set trend macam gitu. Aku tahu anak2 mudah adept dgn situasi baru .. aku aje seakan separuh nyawa melihat itu semua makin menipis jika aku mula berkerja full time.

Aku tak pasti sama ada semua ibu2 merasa yg sama atau hanya aku saja yang melebih-lebih terasa. Ada orang tegar tinggalkan anak2 utk terbang ke luar negeri. Ada perkara 'penting' katanya .. aku yg jadi resah beli itu dan ini utk anak-anak yg ditinggalkan. Apa jadahnya??? aku tak tahu tapi itu aku. Hati aku jadi sedih utk anak2 itu. Mungkin kerana aku tak pernah ditinggalkan ibuk dan bila akhirnya ibuk pergi buat selamanya aku terkapai-kapai sendiri.

Entah lah.. pada anak-anak ku; Adib & Kimi - kalau ibu mu ini terus berkerja itu kerana ibu mahu mengukuhkan ekonomi keluarga kita. Kalau ibu terus bersama kamu, itu ertinya pengorbanan ibu utk kita sekeluarga.

p/s: dua kali atuk/nenek bawak cucu2 pergi mcD tapi lepas hantar adib/kimi balik. patut ke aku terasa? Nauzubillah.
Salam Maal Hijrah 1431H!! semoga kita smua sihat dan selamat dunia wal akhirah.

Comments

Anonymous said…
I understand the whole situation.
Cik Rin

Popular posts from this blog

Salam Sayang utk Ibu-Ibu

Lagu:Untuk Ibu Dari:Black Dog Bone Dari jiwa yang luhur datang keinsafan Mengenangkan ibuku yang melahirkan Membelai penuh manja dan membesarkan Pengorbananmu ibu aku sanjungi Kini waktunya untuk kubalas jasa Padamu ibu tercinta Engkaulah syurga tiada bandingannya Nasib ibu akan kubela Oh oh oh Kasihmu ibu tiada berbelah bagi Memelihara aku sepenuh hati Kesihatan dirimu tak kau hiraukan Engkau menjaga aku seperti nyawa

monologue utk ibuk

ibuk, sejak ibuk dah tak de ni.. Bik selalu terkenangkan ibuk. Sekarang Bik cube buat sarapan; roti dan air panas utk mkn kat kereta. Macam yang ibuk selalu buatkan utk bik agan lovey mkn dlm perjalanan ke ofis. Mula tu, Bik cuma siapkan sarapan utk adib kesekolah. Dlm pada itu teringatkan ibuk. Macam gini agaknya perasaan ibuk sediakan sarapan utk kita semua. Bila Bik siapkan roti buat bekal mkn dlm kereta, teringat pula mana airnya? ibuk mesti geleng kepala tak setuju Bik buat kerja tak sempurna kan? So sekarang ni, Bik pack roti dan air teh susu/nescafe tiap pagi utk mkn dlm kereta dgn lovey. Terasa sangat macam waktu dulu.. waktu ibuk sihat. Buk, sejak ibuk tak de .. ayah senyap jer. Berbual pun kengkadang. Setiap hari masuk jer waktu ayah solat dan disusuli dgn bacaan tahlil utk ibuk. Lepas tuu ayah tidur. Ayah kata, sekarang kita semua kene pandang kedepan. "Ayah dapat rasa ibuk aman di sana" kata ayah. Ayah cuci baju sendirik sekarang nih. Semalam Bik beli lauk Asam...

morning & me

Pagi ni smua rasa tak betul. hati meluap2 tapi aku tetap diam, segalanya mendatangkan kemarahan. Sebelum keadaan melarat aku kluar rumah untuk ke office walaupun pagi masih gelap. Berbagai benda berlegar dlm otak entah lah dari semalam aku dah macam gini. sengaja aku tidur awal to avoid talking to lovey. Even the programme on tv loath me to death. pagi ni, issue tudung mustard piss me off, dibdib pulak tak mau buat homework, hump! Dat's it, aku bersiap dan terus kluar. mungkin penat dan tak cukup tidur kot . Suasana pagi di luar segar saje .. entah kenapa langkah ku seakan slow sangat. Im practically dragging my feet, tekak rasa macam tercekik, pathetic kan? Aku lihat2 keliling dan dapat lihat di belakang tempat memungut sampat ada wanita berbaju kurung sedang duduk di situ walaupun tak berapa clear sebab dia di cover dgn kotak2. Aku nampak tuan2 yg membela anjin berlari2 anak, aku nampak ramai nyonya2 berlari2 anak. Haaaiii, aku jugak yg terbelakang. Jarang skali muka aku masam ma...