setiap hari semakin hampir aku ke akhir tahun. setiap kali itu jantung ku berdebar. datang 2010, aku akan mula berkerja penuh semula.
menyikap kebelakang, Alhamdulilah aku mengambil keputusan utk berkerja setengah hari. Keputusan yg tepat terutama sekali waktu ibuk sakit dulu.
memandang ke depan pula, hati aku tak tenteram utk meninggalkan anak2 pada mak dan bapak. Aku tahu mereka ikhlas saja utk menolong. Selama ini pun aku cukup bersyukur kerana mereka sudi menjaga anak2 aku. Tapi aku juga akur dgn umur mereka yg semakin tua mana ada hati untuk aku serahkan tanggungjawab menjaga anak pada mereka. Hati aku susah nak membenarkan dan akal aku selalu mencari jalan untuk aku tidak buat begitu. Anak2 aku kanak2 lasak. Adib perlukan perhatian dlm pelajaran. Kimi perlukan tempat utk dia dipeluk, dicium dan disayang-sayang. Sejak akhir-akhir ini kimi selalu teringat kan ibuk yang dia panggil 'Nyai'. Kimi mahu Nyai. Kimi kata Nyai sayang kimi. Kimi mahu Nyai dukung kimi. Alhamdulilah, aku terjumpa gambar ibuk mendukung Kimi dan ada juga video ibuk mendukung kimi sambil menghayun ke kanan dan ke kiri ala ber'dancing' pulak mereka berdua. Kimi tersenyum gembira melihat gambar dan video tersebut. Semalam, Adib bertanya pada aku, bila ibuk nak stop pergi kerja? Jawaban aku, duit belum cukup macam mana nak stop kerja? Jawab adib: kat bank kan ada banyak duit. Alahai ... anak ku sayang, duit yang banyak kat bank tuu duit orang bukan duit kita, kan?
anak2 aku perlukan lebih dari perhatian. Mereka perlukan belaian jugak .. ibuk dah set trend macam gitu. Aku tahu anak2 mudah adept dgn situasi baru .. aku aje seakan separuh nyawa melihat itu semua makin menipis jika aku mula berkerja full time.
Aku tak pasti sama ada semua ibu2 merasa yg sama atau hanya aku saja yang melebih-lebih terasa. Ada orang tegar tinggalkan anak2 utk terbang ke luar negeri. Ada perkara 'penting' katanya .. aku yg jadi resah beli itu dan ini utk anak-anak yg ditinggalkan. Apa jadahnya??? aku tak tahu tapi itu aku. Hati aku jadi sedih utk anak2 itu. Mungkin kerana aku tak pernah ditinggalkan ibuk dan bila akhirnya ibuk pergi buat selamanya aku terkapai-kapai sendiri.
Entah lah.. pada anak-anak ku; Adib & Kimi - kalau ibu mu ini terus berkerja itu kerana ibu mahu mengukuhkan ekonomi keluarga kita. Kalau ibu terus bersama kamu, itu ertinya pengorbanan ibu utk kita sekeluarga.
p/s: dua kali atuk/nenek bawak cucu2 pergi mcD tapi lepas hantar adib/kimi balik. patut ke aku terasa? Nauzubillah.

Salam Maal Hijrah 1431H!! semoga kita smua sihat dan selamat dunia wal akhirah.
Comments
Cik Rin