front page, berita harian 7 Dec 2005 - contributed by Ligo Stone
SUAMI yang didakwa memukul bantai isterinya sehingga maut di flat mereka di Dover Road Jumaat lalu, dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan membunuh.> Tuduhan itu merupakan pindaan ke atas tuduhan asal - sengaja mencederakan isterinya dengan parah - yang dikenakan terhadap Mohammad Zam Abdul Rashid - sehari selepas kejadian tersebut.> Mohammad Zam, 44 tahun, seorang pekerja pembersihan, tidak membuat sebarang pengakuan.> Mahkamah diberitahu bahawa isterinya, Allahyarhamha Ramona Johari, seorang pekerja kilang berusia 38 tahun, meninggal dunia di Hospital Universiti Nasional (NUH) sekitar 8.45 malam Ahad lalu akibat dipukul bantai hampir sejam sehingga koma pada hari kejadia> Mohammad Zam diberkas di flatnya selepas polis menerima panggilan tentang kejadian di rumah pasangan tersebut di Blok 1, Dover Road, sekitar 1.40 pagi Jumaat lalu.> Pasangan itu telah berkahwin sekitar lapan tahun tetapi tidak m...