Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

renung dan tenung

Korang tahu kan buat masa ni aku tengah khusyuk menonton Drama tv3, Chinta. I watched it online not live. Aku suka plotnya yang semakin hari semakin berkembang. Tapi aku pelik, kenapa kisah hidup si Chinta tu macam tu. Nak kata malang pun tidak jugak .. dia tidak merempat. Tapi malang jugak sebenarnya kerana cinta impian sukar betul nak melekat. Cinta terlarang yang mekar berkembang. Dan yang paling menyedihkan dia berpaling dari jalan Allah. Nauzubillah. Walaupun ini cerita tulisan manusia tapi kan tak salah kalau kita ambik ikhtibar .. peringatan utk diri sendiri: bila Allah menduga kita dengan sesuatu dugaan yang maha hazab, jangan sekali berpaling dari jalan Allah. Kerana setiap kali Allah menduga seseorang hamba itu, pasti Allah akan berikan ganjaran besar jika hambanya tetap sabar, redha malah bertambah iman kepadaNya. Subhanallah.

'ibu itu buat aku pilu'

Aku masih terbayangkan wajah seorang ibu yang aku jumpa semalam. Dia duduk meminta sedekah di TKC. Tak seperti peminta sedekah yang lain, 'ibu' ini duduk menadah tangan sambil mengesat2 airmata yang tak de hentinya. Setiap yang lalu lalang di situ kehairanan. Kerana dia tak ubah bagai anak kecil yang ditinggal ayah/ibu. Raut muka yang penuh kerisauan, kesedihan dan kebingungan. Aku tahu kalau aku teruskan langkah tanpa menghulur sedikit bantuan pasti hati aku akan resah. Aku lihat seorang lelaki bangla dan wanita muda cina menghulurkan sedikit bantuan buat 'ibu' itu. Airmatanya bergenang. Bila aku menghampirinya aku seakan mendengar suaranya berkata 'terima kasih' tapi aku tahu itu hanya suara hatinya yang terlahir dari mata yang aku amati dalam-dalam. Aku pasti dia menjadi mangsa keadaan. Ku lihat keliling kalau-kalau ada anak derhaka yang memaksa 'ibu' itu meminta di situ. Tak ada! Langkah pergi ku meninggalkan 'ibu' itu menjadi sebak. Ta
In hook to Chinta, tv3 drama. tried very hard to watch it online .. im bz at work im bz at home im bz with Chinta .. that Atlas Ring looks good for him :)