Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Hanya ingin kau tahu...

Minggu lepas aku keletihan dgn urusan harian ku. Minggu ini pula terlalu mudah utk aku menitiskan airmata. Mak, selalu mengingatkan aku supaya jgn lupa makan. Kengkadang dia call bertanya khabar. Ya Allah, berikanlah syurga buat kedua2 Bonda dan Ayahanda. Isnin, sewaktu aku di pasar geylang.. Seorang penjaja yang aku tak kenali mula berbual2 dgn ku dan dia memberitahu rahsia disebalik kejayaan perniagaan dia. Katanya rahsianya satu aja: jaga ibu dan ayah. Subhanallah, terima kasih Ya Allah. Adakah krn keluhanku, lalu kau menghantarkan seseorang utk menyejukkan hati ini. Terasa dekat diri ini dgn Mu, Ya Rabb. Alhamdulilah .. Aku jadi lebih pelik bila duduk berbual dgn ayah menjadi perkara harian, perbualan yang di'repeat' mcm "rekod rosak"( Ibuk would say). Berbualan itu jugak la yang buat hati aku sebak. Bila aku mahu pulang awal ayah kata "takpe, ayah boleh jaga diri sendiri, wati pun penat kan". Allahu Akbar! Hanya Engkau saja yang memahami hati ini