Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

sangat manis

Wahai taman langitku .. aku bersyukur kerana di sini aku merasa nyaman dan tenteram sekali. Di sini bagaikan tempat aku berlari dan berhibur hati. Di sini tempat aku menjadi 'aku' mengeluarkan segala apa yang aku rasa di hati. Di sini tempat aku berkenalan dengan ramai penulis yang bernama tapi tak berwajah. Melalui tulisan dari hati inilah kami bersatu mengenali dan bertegur sapa. Manis sekali peristiwa yang lalu. Bila sudah saling kenal terjadi persahabatan yang akrab seakan hidup tak lengkap tanpa membaca cerita masing-masing. "Indah! terasa indah" seakan lagi nyanyian Padi dalam lagunya kasih tak sampai. Kehendak alam mungkin, "tak ada yang abadi.."   terdengar suara ariel mengalun indah .. ramai yang tak menulis lagi, ada yang terus menghilangkan diri. Alhamdulilah ada jugak yang masih setia, Syukur. p/s: aku hanya terinagat nostalgia kita bersama di petang Februari ini.

im feeling Blue!! (its a happy feeling)

here we are again, the two of us .. love this picture and love the BLUE. Thanks to Kiki for the pic and Adek for influencing me on make up. oh baby, i never knew i can look good in blue ...

roda hidup

tak, aku tak datang dari keluarga mewah tapi satu waktu dulu hidup kami selesa tak lah kaya mana. Ayah aku kalau bayar yuran sekolah $120 untuk satu tahun. Waktu tu anak2 lain tercengan kenapa aku tiap-tiap bulan tak payah beratur untuk lunaskan yuran bulanan sekolah. Aku pun masa tu tak pasti. Tapi hidup ini tak ubah bagaikan putaran roda, satu hari tu ayah aku diberhentikan kerja. Puas dia carik kerja tapi susah nak lekat. Aku pula gembira sebab dapat beratur bersama kawan lain untuk membayar duit yuran sekolah. Tapi ada masa-masa tu dengan nada marah ayah kata 'kalau susah sangat, berhenti jer sekolah'. Sedih aku waktu tu, aku tak mau jadi gelandangan. Aku mahu jadi orang terpelajar, dlm hati bertanya sendiri apakah nasib aku seterusnya ... Alhamdulilah ibuk lah orang yang kuat berikhtiar sebab itu sayang aku pada ibuk setinggi langit. Aku tak suka tunjukkan rasa sedih aku depan ibu, jadi titisan airmata selalu jatuh melimpah bila aku berjalan ke sekolah atau waktu tidurku.

tahun arnab

Alhamdulilah 4 hari cuti tahun baru cina amat merehatkan. Pelan-pelan aku kemas rumah, cuci baju, buat itu dan ini. Sakit di sebelah 'lower back' aku juga agak kurang sedikit tapi aku masih tak boleh angkat barang berat. Sekali lagi aku melawat doktor, kali ini kerana batuk. Setiap malam aku pasti terjaga dan batuk terkokoi-kokoi seorang diri. Alhamdulilah sejak dapat obat batuk dan sakit semakin kurang .. cuti tahun baru ini, aku sempat tonton 2 cerita cina Red Cliff 2 dan satu lagi cerita Andy Lau jadi pencuri .. sedih cerita tu. 1 cerita hidustan Amir Khan dan Kajol yang aku lupa tajuknya. Dan akhir sekali 1 cerita indonesia di RCTI "Sang Pemimpi". Sang Pemimpi merupakan lanjutan dari 'Laskar Pelangi'. Dah lama aku tunggu cerita ini, sampai juga hajatku. Cerita ini sungguh mengasyikkan melihatkan watak kanak2 yang penuh semangat sehinggakan aku tak terdengar lovey merungut langsung. Sebak pula hati bila watak Arai yang dewasa keluar. Ariel keluar sebagai Ar