Skip to main content

Posts

Showing posts with the label bits of reality

Tolong aku?

Jangan Kau provoke hati ini. Hati ini sudah lama aku matikan amarahnya. Aku siramkan dgn Iman dan cinta. Aku ikhlaskan segalanya. Biar apa pun rasanya, aku tempuh dan redhan dgn niat lillahi taala. Tapi pada masa ini, imanku menipis mungkin, sabarku pamit, hatiku tercalar. Aku jadi sakit dengan situasi sekarang, mati walaupun itu yang aku harapkan ia tidak dtg bergolek. Kata-kata mu meyakinkan aku dengan 'kesialanku'. Hati ini bertambah lemah. La hawlawala... Aku perlukan doa kamu semua. Aku perlu Allah melembutkan hati kalian. Aku perlukan semua berbaik semua.

Skrip kehidupan utk aku

Skrip Kehidupan. Itulah kata sahabat ku yang jauh di sana.  Bahagia sekali hidupnya sekarang, syukur Alhamdulilah. Skrip ini dia tulis melalui gambaran tentang aku dari sudut dia.  Memang tepat sekali. Dia kata lagi semalam yang dia yakin aku punyai kekuatan yang selama ini aku tak sedari. Aku tak tahu kenapa tapi aku jadi melankoli membacanya.  Mataku berkaca seketika.  Semoga skrip kehidupan ini membantu aku menjadi seorang yang lebih bertaqwa, berilmu dan beriman. Duhai taman langitku, ada yang sudi bersama dgn ku sewaktu aku kesepian rupanya.  Dan ini sewaktu aku di Melaka tempoh hari.  Semangat utk ber'fesyen' katanya.  It was a nice break indeed.  Ku lepaskan segala pekerjaan dan ku hayati perjalanan hidup tanpa menoleh kebelakang.   Aku & Adek 'chilling' di coffeebean, T3. Makan di mana ya? Melaka (mungkin) Soalan cepu mas "cantik kah aku?"
Duhai taman langit ku , sesungguhnya merelakan sesuatu itu berlalu dan terus meninggalkan aku amat lah meletihkan. Ketiadaanya melopongkan jiwa. Siapa yang sudi bersama ku? Yang Terdalam by Peterpan Kulepas semua yang ku inginkan ak akan ku ulangi Maafkan jika kau kusayangi Dan bila kumenanti Pernahkah engkau coba mengerti Lihatlah ku disini Mungkinkah jika aku bermimpi Salahkah tuk menanti Chorus: Takan lelah Aku menanti Tak hilang Cintaku ini Hingga saat kau tak kembali Kan kukenang di hati saja Kau telah tinggalkan Hati yang terdalam Hingga tiada cinta Tersisa dijiwa

'ibu itu buat aku pilu'

Aku masih terbayangkan wajah seorang ibu yang aku jumpa semalam. Dia duduk meminta sedekah di TKC. Tak seperti peminta sedekah yang lain, 'ibu' ini duduk menadah tangan sambil mengesat2 airmata yang tak de hentinya. Setiap yang lalu lalang di situ kehairanan. Kerana dia tak ubah bagai anak kecil yang ditinggal ayah/ibu. Raut muka yang penuh kerisauan, kesedihan dan kebingungan. Aku tahu kalau aku teruskan langkah tanpa menghulur sedikit bantuan pasti hati aku akan resah. Aku lihat seorang lelaki bangla dan wanita muda cina menghulurkan sedikit bantuan buat 'ibu' itu. Airmatanya bergenang. Bila aku menghampirinya aku seakan mendengar suaranya berkata 'terima kasih' tapi aku tahu itu hanya suara hatinya yang terlahir dari mata yang aku amati dalam-dalam. Aku pasti dia menjadi mangsa keadaan. Ku lihat keliling kalau-kalau ada anak derhaka yang memaksa 'ibu' itu meminta di situ. Tak ada! Langkah pergi ku meninggalkan 'ibu' itu menjadi sebak. Ta...