Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

hello my little one

Alhamdulilah krn Allah beri kesihatan pada ku. Kekuatan mengharungi kehilangan dan kebahagian bersama keluarga. Ya Rabb .. sesungguhnya kehidupan ini milik Mu. Syukur pada Allah atas kesempatan ini. Hello Adeena!! Panik menyerang ayah dan ibu bila kubur Adeena tak kelihatan tanda. Tapi takpe, ayah dah letak semula tanda nama Adeena. Insyallah, ayah akan usaha supaya kubur Adeena dibuat rumah2 jadi tak hilang begitu saja. Berderai airmata ibu dan ayah tak kala kami melawat kubur Adeena. Tak sangka, anak Bubu pergi mendahului ayah dan ibu. Jgn lupa ya sayang.. nantikan kami bersama abg Adib & abg Kimi di pintu Syurga. Subhanallah...

Goodbye my little one Hana Adeena

Ya Allah, kami redha dengan ketentuan ini. Kami bersyukur kerana dianugerahkan seorang  puteri. Semoga kami bertemu lagi dgn Adeena suatu masa nanti. Ya Allah, berikan la kami kekuatan melalui saat2 ini dgn tabah & redha. Sesungguhnya Engkau la sebaik2 perancang buat kami. Aameen.  Saat akhir bersama ibu dan ayah sebelum Adeena pergi meninggalkan bubu di hospital