
04 Jun 2001 --- Night sky --- Image by � Matthias Kulka/CORBIS
kita lihat matahari, bulan & bintang yg sama... tapi adakah kita merasa hujan, angin, terik dan melihat awan yg sama..
dah dua hari ni, cuaca mendung kelabu. Hujan turun diwaktu terik dan awan gelap memangku hujan... tapi mana hujan nye?? ahhhhh ada .. cuma aku saje yg dok terperap di ofis malas nak kluar menikmati keadaan dunia luar. Smlm, dari jembatan Benjamin Sheares aku lihat awan menebal di atas kotak2 batu di shenton way... aku jadi gerun. Terfikir sejenak bagaimana pula jika Allah menunjuk marahNya? *aku terdiam*
*********************
lama jugak aku tak mengaji Quran. Mengaji dari Alif Lam Mim.. tersentak kejap bila aku tak ingat lagi bagaimana bacaan itu.. ayat2 Al-Baqarah yg dari dulu aku hafal seakan2 menghilang sedikit demi sedikit. Aduh! gusar hati.. malu sekali pada diri sendiri pastinya di sudut sana ada yang gembira ria kerana berjaya melalaikan aku. Ya Allah!! apa dah jadi nih???!!! *aku malu*
*********************
dari smlam aku sibuk buat calculation on statistic, bola mata dah sakit hingga ke tahap pening. Aku perlu rehat.. tapi minda ku tak boleh rehat kerana ada saje yg tak kena. Hati aku pula berkata biarkan mereka, mungkin nanti semua persoalan akan terjawab jua... ye *aku positif*
*********************
Comments