Skip to main content
dear cekmi, here's one of the reasons why we need cctv everywhere.. *wink wink*

Singapura
Cabul budak lima tahun: Lelaki dihukum penjara tiga tahun dan sebat enam kali
SEORANG lelaki yang mengumpan seorang budak perempuan berusia lima tahun dari sebuah pasar raya lalu mencabul kehormatannya di sebuah tangga dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan sebat enam kali.
Lim Hock Keng, 32 tahun, mengaku bersalah melakukan jenayah itu di Suntec City Mall selepas 7 malam 10 Mac lalu.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Cik Adeline Ee, budak perempuan itu ditinggalkan dengan abangnya yang berusia 10 tahun di sebuah seksyen mainan pasar raya tersebut.
Lim memerhatikan budak itu buat seketika dan menyedari dia hanya dijaga abangnya.
Dia kemudian menanya budak itu di mana ibu bapanya dan apabila kanak-kanak itu menjawab dia tidak tahu, Lim mengangkatnya keluar dari kedai tersebut.
Lim membawa budak itu ke sebuah pusat makanan di tingkat tiga, kedai Toys R Us dan sebuah kawasan permainan, namun tidak membuat sebarang usaha untuk menghubungi ibu bapa budak itu.
Dia kemudian membawa budak itu ke sebuah tangga yang sunyi lalu mencabul kehormatannya sehingga budak itu menjerit kesakitan.
Selepas budak itu menjadi sedih, Lim membawanya ke tingkat satu lalu menyerahkannya kepada seorang pegawai khidmat pelanggan di kaunter maklumat.
Lim mendakwa budak itu sesat sebelum dia menemuinya tetapi apabila ditanya mengenai keterangan dirinya, Lim bergegas pergi.
Budak perempuan itu kemudian memberi pegawai khidmat pelanggan itu nama dan nombor telefon bimbit bapanya.
Sejurus selepas ibu bapanya datang, budak itu menangis kuat dan memberitahu ibunya apa yang telah berlaku.
Budak itu dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) dan didapati mengalami kesan luka di paha dan di selaput daranya.
Lim ditangkap dua hari kemudian.
Mahkamah tidak diberitahu bagaimana dia dikesan, tetapi dipercayai imej rakaman kamera litar dekat membantu polis menangkapnya.
Pada 13 Mac lalu, flat Lim di Yishun diserbu dan polis menemui filem-filem lucah.
Dia didenda $3,000 bagi kesalahan itu.

_________________________________________________________________
Copyright © 2005 SPH AsiaOne Ltd. All rights reserved.Privacy Statement Conditions of Access Advertise @ AsiaOne

Comments

I_mshe said…
so sick!!!! damn guy should be castrated!
lunacy said…
agreed!! kesian the gurl..
Anonymous said…
Point well taken. hehe.
lunacy said…
gud, next time u see a cctv gif it one of ur most friendly smile k, cekmi.

Popular posts from this blog

the after look..

At last i found time to snap few pictures of my kitchen and toilets. Ita a simple one so dun put high hopes on it k, its the time for "zen look" lah ... notice the simplicity? No matter what, new one will always look better kan? They say its nice to hv the same theme for kitchen and kitchen toilet .. so follow lor... my pink toilet ... pink suppose to be romantic mah... so can lomen-lomen lor...

im the idiot darling, sorry

i did something bad by "accident". i dun dare to own up!! scared he gonna get angry .. i wish and i pray hard he got back whatever files he stored in his tumbdrive .. cos i accidentally throw it into the washing machine and dry it in the dryer. God! i feel terrible for what i did. Fren, if u love me pls pray for miracle that somehow the thumbdrive is still working or worst come to worst .. he got back up in the office. Ya Allah .. im such an idiot!! and he must be cursing and swearing for having such a bad luck. Pity him .. he stuck wif me, the idiot!

sign

a virgorian and acquarian works well together. there some kindda chemistry between them. heh, all my 3 good frens are acquarians and my partner in crime in the office pun acquarians gak and so are adren & awan .. tak de apa-apa ke?? kuang kuang kuang ... both are talking abt love lost, true love ... entah maybe the biological clock is ticking again kot... errrrrrr hv a gd day smua!