Skip to main content

monologue utk ibuk

ibuk, sejak ibuk dah tak de ni.. Bik selalu terkenangkan ibuk. Sekarang Bik cube buat sarapan; roti dan air panas utk mkn kat kereta. Macam yang ibuk selalu buatkan utk bik agan lovey mkn dlm perjalanan ke ofis. Mula tu, Bik cuma siapkan sarapan utk adib kesekolah. Dlm pada itu teringatkan ibuk. Macam gini agaknya perasaan ibuk sediakan sarapan utk kita semua. Bila Bik siapkan roti buat bekal mkn dlm kereta, teringat pula mana airnya? ibuk mesti geleng kepala tak setuju Bik buat kerja tak sempurna kan? So sekarang ni, Bik pack roti dan air teh susu/nescafe tiap pagi utk mkn dlm kereta dgn lovey. Terasa sangat macam waktu dulu.. waktu ibuk sihat.

Buk, sejak ibuk tak de .. ayah senyap jer. Berbual pun kengkadang. Setiap hari masuk jer waktu ayah solat dan disusuli dgn bacaan tahlil utk ibuk. Lepas tuu ayah tidur. Ayah kata, sekarang kita semua kene pandang kedepan. "Ayah dapat rasa ibuk aman di sana" kata ayah. Ayah cuci baju sendirik sekarang nih. Semalam Bik beli lauk Asam Pedas & Rendang kat Hajah Maimunah. Teringat Asam Pedas ibuk.. ayah pun mkn sampai dua kali, tak banyak tapi jadi lah.. Ayah dah atur semula kerusi meja kat rumah macam yang ibuk suka. Dia buat pelan2 masa kita semua pergi kerja. Bila terasa mengah, ayah henti kejap.

Buk, semalam Bik teringatkan Aunty (adik bongsu ibuk). Bila Bik called, Aunty terkejut dengar suara Bik. Aunty masih sedih Buk. Dalam tangisan Aunty kata "ibuk pergi belum waktu tau Lun". Aunty tak abis-abis salahkan ayah. Aunty kata "biarkan sekarang ayah sorang diri. Biarkan ayah rasa bersalah". Aunty kata lagi "hajat ibuk tak kesampaian". Bik tanya hajat yang mana? Aunty kata "hajat nak 'jalan-jalan' tanpa risaukan makan minum ayah". Hmmm .. Yeh kata sekarang ni lah Ibuk tengah jalan-jalan. Harapannya ibuk bahagia ye.

Buk, sekarang ni Yeh dah pandai masak tau. Selamat ada Kaka, rumah jadi tak sunyi. Sabtu malam yang lepas Bik sefamily datang sbb nak makan masakan Yeyeh tau, Buk. Macam yang Ibuk kata dulu, lah, "masak tu nak dgn tak nak jer". Ibuk selalu confident yang anak2 boley jadi bagus macam ibuk kan?

Buk, Bik mintak buku resepi yang dulu Yeh tulis. Ibuk ingat tak dari dulu ibuk suka berseloroh dgn kami "nanti kalau aku dah mati, korang korek aku kat kubur" dan kita semua ketawa dan kengkadang Bik jawab " a'ah lah.. nanti kita korek kubur lepas tu tanya ibuk cam ne nak masak". Hai, jenaka kami anak beranak yang jadi kenyataan. Tapi Alhamdulilah, Yeh ada jugak tulis resipi ibuk dulu2 dlm satu buku. Sekarang nih, buku tu berharga sangat. Yeh takut kalau Bik hilangkan buku tu. Bik ingat nak masak kan ayah 'garem asem' lah Buk. Itu pun kalau Yeh bagi tengok resipe.

Buk, Yeh ngan Kiki kata che-cieh kat tingkat atas tuu nangis sedih2 sebab ibuk dah tak ada lagik. Minggu lepas Bik ngan Lovey terserampak dgn Cik Misah kat Blk 4. Dia yang tegur Bik dulu .. Dia kata last dia jumpa ibuk lepas raya puasa dulu. Itu pun ibuk nak cepat. Sejak hari tuu dia tunggu jugak ibuk kat Shop 'N' Save (tempat dia kerja) ataupun kat bawah blok in case ibuk lalu di situ tapi tak de jugak. Pada 26 Dec pagi, cik Misah mimpikan ibuk. Dia jadi hairan apsal perasaan dia jadi tak sedap. Pagi tuu Aunty Sarah, jiran hindu Cik Misah datang menangis sambil membawa khabar yang 'ani sudah tiada'. Bik nampak mereka datang pagi tuu sebelum ibuk diusung pergi ke masjid. Cik Misah banyak puji ibuk. Dia kata "Ibuk baik, selalu cakap yang baik. Pakai baju cantik-cantik. Sanggup kesana sini beli bahan utk masakkan ayah". Dia kata "Ibuk sayang dengan cucu-cucu ibuk, Anak2 Ibuk dan Menantu Ibuk. Menantu ibuk pun sayang kat ibuk". Cik Misah kata lagi, "terlalu cepat ibuk pergi. Apa nak buatkan, Allah lebih sayangkan ibuk". Buk, airmata Bik dan Lovey mencurah2 mengalir mendengarkan cerita Cik Misah malam tu.

Buk, menantu ibuk kata, ibuk pergi dengar keredhan seorang suami. Itu dah cukup bagi seorang isteri utk mendapatkan syurga. Bik doa pun begitu juga. Ya Allah, Ya Rabbi.. rahmatillah bonda ku Ya Allah, kurniakan SyurgaMu utk Ibuk kami Ya Allah.

Tak tau kenapa dari pagi tadi perasaan 'mahu menelepon ibuk di rumah' datang beberapa kali. Hanya fatihah ku kirimkan utk mu Ibuk.

Comments

Anonymous said…
Salam,

That's a beautiful monologue...
You'll be a great wife and mother... just like Ibuk...
InsyaAllah...

Wassalam...
lunacy said…
jah, thanks so much. u ingat lagi tak cerita 'Bila ibu sampai takah tiga'. since the 1st time i baca cerita tu, i felt that i was written for me.. haiii...
honeymann said…
tie, nice to read monologue utk ibu. ibuk adalah ibu dan isteri yang mithali. semoga kita dpt menjadi wanita seperti dia.

Amin..
lunacy said…
thanks ani. ibuk bukan ibuk aku sorang..ibuk korang jugak, kan?
;)
Anonymous said…
Penikmat sastera tentulah ingat :)

Dalam ketenangan
dalam penerimaan,
walau
dalam tangisan
dirimu yang kehilangan...
tersenyum dia
dalam bahagia
anak tercinta
mengenangnya
dalam do'a
memohon dicucuri RahmatNya
atas ruhnya...
tersenyum dia
anak tercinta
tenang menerima
dengan amal jariahnya
membawa bahagia
buat dia
disana
buat dirimu jua,
pasti akhirnya....
tangis itu bahagia rupanya...

(sorry, satu malam ni berbalas puisi dengan kengkawan puisi :D )

Salam sayang,
Jah
lunacy said…
it is so beutiful jah. thanks so much..

yes, tangisan kita bukan kerana tak redhakan ibuk kita..
tanggisan kita tangisan rindu pada ibuk tempat mengadu, tugu jiwaku..
Anonymous said…
T_T
mmm...

Itu
tangisan
kerinduan
sang perindu
yang tahu
sepinya
merindui dia
mendo'a bahagia
sang tugu jiwa
dalam tangisan
keredhaan...

Kak Wa, semalam, waktu tulis tu, teringat sesuatu...
You guys know I have a strong memory...
I wrote this sajak, "Aku dan Bayang-Bayang" in primary five... I didn't know you liked it... you took it and edited it, made it more beautiful, and rewrote it in the school's exercise book which you brought every day all the way to Sec.Two when I finally discovered what you did!
So, it occured to me, you were my first fan and very first editor! :O
Jazakillah khair :)

Wassalam.
lunacy said…
that exercise book was my buku nyanyi kalau tak silap kan?? i might be wrong tho.. but yes, i do remember that 'aku dan bayang-bayang' hehehe..

another beautiful stuff written by you.."tugu jiwa" sound so 'strong and dear' kan?
Anonymous said…
I tink so...
Buku tu ada lagik, tak, agaknya?
Nak nyanyi balik, ah, lagu-lagu lama tu, heh...

YES! "Tugu jiwa" sounds perfectly like who Ibuk is... beautiful and strong...

Ok, added another line so that the sajak really ends with the right spirit and "sang" tak kena dengan "tugu jiwa"... So...

Itu
tangisan
kerinduan
sang perindu
yang tahu
sepinya
merindui dia
mendo'a bahagia
dia tugu jiwa
dalam tangisan
keredhaan
perindu yang redha

I hope it soothes you...

*hugs*

Wassalam.
aqriz said…
al-fateha untuk ibuk Zaini.
ibuk tersenyum, agak, at peace, anak2,suami, redha dan selalu panjat kan doa

Popular posts from this blog

the after look..

At last i found time to snap few pictures of my kitchen and toilets. Ita a simple one so dun put high hopes on it k, its the time for "zen look" lah ... notice the simplicity? No matter what, new one will always look better kan? They say its nice to hv the same theme for kitchen and kitchen toilet .. so follow lor... my pink toilet ... pink suppose to be romantic mah... so can lomen-lomen lor...

im the idiot darling, sorry

i did something bad by "accident". i dun dare to own up!! scared he gonna get angry .. i wish and i pray hard he got back whatever files he stored in his tumbdrive .. cos i accidentally throw it into the washing machine and dry it in the dryer. God! i feel terrible for what i did. Fren, if u love me pls pray for miracle that somehow the thumbdrive is still working or worst come to worst .. he got back up in the office. Ya Allah .. im such an idiot!! and he must be cursing and swearing for having such a bad luck. Pity him .. he stuck wif me, the idiot!

sign

a virgorian and acquarian works well together. there some kindda chemistry between them. heh, all my 3 good frens are acquarians and my partner in crime in the office pun acquarians gak and so are adren & awan .. tak de apa-apa ke?? kuang kuang kuang ... both are talking abt love lost, true love ... entah maybe the biological clock is ticking again kot... errrrrrr hv a gd day smua!