Skip to main content

di hari raya ini ..

Ramadhan pergi jua. Syawal tiba diiringgi suara takbir. Aku ucapkan selamat jalan pada ibuk, Anja & Uncle. 'Mereka' pulang ketempat 'mereka'.



menziarah pusara ibuk, di hari raya ke-2

Perasaan menyambut raya biasa-biasa aje. Buat apa yang dituntut. Tak sempat merenung tentang kehidupan dari berbagai sudut. Seronok beraya dgn baju kurung kain cotton (baca: rubiah jepun). Macam yg kak min suka pakai tuu. Thanks to adek kerana tolong aku pilihkan baju. Alhamdulilah ive survived this raya. Berkat doa dan sokongan semua. Raya tahun ni tak sama dengan tahun2 dulu. Aku sentiasa berdebat dlm hati, nak raya ke tak mau raya? Aku tak mau ikutkan sangat kemahuan hati .. aku panjangkan silaturahmi antara keluarga walaupun dlm hati sentiasa berdetak detik dgn persoalan demi persoalan.


Raya tahun ini lain sekali. Alhamdulilah, Allah bukakan hati, mata, telinga dan seluruh panca indera yang ada bahawa dugaan Allah bukan utk aku seorang saja. Allah maha Pengasih, aku lupa itu .. aku ikutkan hati dan perasaan sedih aku selama ini. Sikit demi sedikit aku pelajari tentang pengalaman dan kehidupan orang lain. Aku jadi malu, kenapa bila aku sedih aku rasa seperti mahu melaungkan kesedihan pada seluruh dunia sedangkan ada sahabat/saudara mara lain terus tabah dan tawakkal meneruskan kehidupan. Ada yang menyambut raya dgn anak2 tanpa isteri - dia lah ayah, dia lah ibuk pada kedua anaknya. Ada yang ditinggalkan suami, kehidupan diteruskan bersama anak kecil di kediaman sementara. Ada yang dlm keadaan sakit tak dapat melihat kerana kesilapan doktor memberi obat & yang tua walaupun umur panjang mereka dlm kesunyian. Subhanallah, terima kasih Ya Allah. Baju cotton yang aku pakai mengajar aku lebih tawadduk. Mengenali diri yang sesugguhnya tak ada apa yang istimewa malah penuh dgn kelemahan. Begedel mak uda menitiskan airmata tak kala aku merasainya. Ya ampun ..bau dan rasanya seperti masakan ibuk yang aku rindu. Kata2 perangsang dari sepupu sebelah lovey, minitiskan airmata. Sesungguhnya kesedihan yg tersembunyi bila dicuit sedikit melatah lah ia. Aku tak putus dipeluk dan dicium makcik2 lovey, tapak tangan aku yang semakin kasar dipegang dan diusap. Aku tak mengerti aku tak rasa mereka tahu tentang aku kehilangan ibuk. Tak, mereka tak tahu .. ada juga yg tetiba bertanya tentang ibuku. Ya Rabbi, gerakkan dari Mu .. gerakan seorang wanita dan yang juga seorang ibu pada insan ini yang masih lagi ..SEPI.

Comments

Popular posts from this blog

the after look..

At last i found time to snap few pictures of my kitchen and toilets. Ita a simple one so dun put high hopes on it k, its the time for "zen look" lah ... notice the simplicity? No matter what, new one will always look better kan? They say its nice to hv the same theme for kitchen and kitchen toilet .. so follow lor... my pink toilet ... pink suppose to be romantic mah... so can lomen-lomen lor...

morning & me

Pagi ni smua rasa tak betul. hati meluap2 tapi aku tetap diam, segalanya mendatangkan kemarahan. Sebelum keadaan melarat aku kluar rumah untuk ke office walaupun pagi masih gelap. Berbagai benda berlegar dlm otak entah lah dari semalam aku dah macam gini. sengaja aku tidur awal to avoid talking to lovey. Even the programme on tv loath me to death. pagi ni, issue tudung mustard piss me off, dibdib pulak tak mau buat homework, hump! Dat's it, aku bersiap dan terus kluar. mungkin penat dan tak cukup tidur kot . Suasana pagi di luar segar saje .. entah kenapa langkah ku seakan slow sangat. Im practically dragging my feet, tekak rasa macam tercekik, pathetic kan? Aku lihat2 keliling dan dapat lihat di belakang tempat memungut sampat ada wanita berbaju kurung sedang duduk di situ walaupun tak berapa clear sebab dia di cover dgn kotak2. Aku nampak tuan2 yg membela anjin berlari2 anak, aku nampak ramai nyonya2 berlari2 anak. Haaaiii, aku jugak yg terbelakang. Jarang skali muka aku masam ma...

Salam Sayang utk Ibu-Ibu

Lagu:Untuk Ibu Dari:Black Dog Bone Dari jiwa yang luhur datang keinsafan Mengenangkan ibuku yang melahirkan Membelai penuh manja dan membesarkan Pengorbananmu ibu aku sanjungi Kini waktunya untuk kubalas jasa Padamu ibu tercinta Engkaulah syurga tiada bandingannya Nasib ibu akan kubela Oh oh oh Kasihmu ibu tiada berbelah bagi Memelihara aku sepenuh hati Kesihatan dirimu tak kau hiraukan Engkau menjaga aku seperti nyawa