Tuesday, August 2, 2011
ya Rasul
suatu masa dulu, bila mendengar cerita tentang Rasulullah aje, airmata ini pasti mengalir. Aku teringat waktu aku hadiri majlis perkahwinaan Baah dulu. Ada kumpulan nasyid yang menyanyikan lagu tentang Rasulullah. Airmata aku berlinang tak semena-mena. Begitulah kecintaanku pada Habibullah. Tapi setelah lama sibukkan diri dgn tanggungjawab harian dan kerja, kecintaan yang aku rasakan makin menipis.. aku rindukan masa2 air mata mengalir kerana Allah dan Islam. Tak tau macam mana, hujung minggu yang sudah, semasa aku sedang mengajar Adib dgn mata pelajaran 'Tarbiyah' bila aje sampai cerita tentang kewafatan Rasulullah. Aku baca dan menjadi sebak, tak dapat aku sampaikan kisah Rasul pada Adib kerana terlalu sebak. Mata Adib pun ikut berair. Adib jadi binggung kenapa aku menangis. Subhanallah, terima kasih Ya Rab .. sesungguhnya hambaMu in beriman dgn Allah dan RasulNya. Amin
| Reactions: |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 just say it:
Post a Comment