Skip to main content

Posts

around me

 Berseri wajah pengantin kan? Tak sangka a week after we left KB, Cekmi came to our house. It was such a pleasure to meet him again.  Dah lama tak 'boriah'! check out the sisters..  Kimi and smokey haha .. Oh the tall boy looking the other way is adib. Angkasawan in Irsyad!! Kene keromon dgn budak2  This raya, i brought goody-bag for Ani and Lin. Hope they like the gift. Gosh! in time like this, i just love their friendship. Sincere and pure. and somehow when things happened .. you just slow down and keep quiet. that's what im doing now. 'makcik kepo' - so inappropriate!

We are 10!

Happy 10th Anniversary Lovey!! We're 10 on 2nd week of Syawal 2011. Semoga yang indah akan terus berkekalan. Thanks to the professional touch from Cekya & Yati Wtl, dapat lah gambar pengantin lama.

Post lambat: Selamat Pengantin Baru Cekmi

Mcm tak percaya .. bila Cekmi call kata dia nak kahwin. Mcm tak percaya .. Lovey nak ke kelantan Mcm tak percaya .. musim raya kita keluar SG Mcm tak percaya .. bertemu blogsahabatz yang hebat-hebat Mcm tak percaya .. mereka sayang pada aku. Kasih sayang dan persahabatan yang membuatkan aku terpaksa menahan airmata ketika berpisah. Mcm tak percaya .. aku sekeluarga disambut ramah, oleh semua kenalan dan yang tak kenal. Kepada Allah aku bersyukur atas Rahmat yang kau berikan. Di sana jauh dari keluarga tapi aku tak rasa asing. Emmy & Aku - at last!! Blogsahabats!! yang amazing banget. 3rd shot baru dapat gambar Jimi tersenyum! tu dia pengantin baru! Buat Cekmi dan Nurul Selamat menempuh hidup baru. Semoga bertambah sayang dan sentiasa diberkahi Allah. Insyallah

Salam bahagia

It felt awesome to be able good things for others and in return Allah grand me happiness and blessful day, Alhamdulilah. Hubby bought me a costume jewellery and a built-in-oven. I had wonderful time baking with the new kenwood mixer too. Thanks Darling, ur the best. A furla clutch from Adik. Alhamdulilah, i felt so love with the beautiful decorated dish for buka and delicious chocolate moose cake. Never did i expected to received that many bday wishes in FB. I felt so loved!! It brought tears to My eyes reading the well wishes & doa from frens. Subhanallah, aku syukur padamu Ya Rab atas limpah kurniaMu. Hari raya is around the corner, Lovey had gone to the market so i have some time for blogging. The new president is not what i hope for..

15th Ramadan

hari ini masuk 15 hari kita berpuasa. Di radio sudah mula berkumandang lagi raya. pagi tadi semasa serika uniform lovey, berkumandang lagu raya yang tak pernah aku dengar sebelum ini. Tetiba aku teringatkan ibuk. Pedih sekali perasaan waktu tu.. aku nangis sendiri, tangisan rinduku pada ibuk.  Berdetik dlm hati, kenapa ibuk pergi tinggalkan kami. Airmata walaupun ku kesat tapi terus mengalir. Ibuk, bik bukan ibuk dan bik tak akan dapat jadi sebaik ibuk. Tapi bik cuba jadi orang baik. Baik tu bermula dari hati, kan Buk?. Bik cuba jaga hati walaupun tak mudah.  Bik cuba buat apa aja utk buat ibuk bangga.  Bik rindu nak cium pipi ibuk, kali terakhir bik cium pipi sejuk ibuk, macam masih dapat bik rasakan lagi Buk. Buk, walaupun bik sayang mak dan sanggup buat apa aja utk mak tapi mencium pipi mak pun bik tak leh terbuat. Entah lah, mungkin lepas bik dah tulis kat sini, bik dapat kekuatan untuk cium mak pula. Buk, terima lah Al-Fatihah dari bik utk Ibuk ya.

ya Rasul

suatu masa dulu, bila mendengar cerita tentang Rasulullah aje, airmata ini pasti mengalir. Aku teringat waktu aku hadiri majlis perkahwinaan Baah dulu. Ada kumpulan nasyid yang menyanyikan lagu tentang Rasulullah. Airmata aku berlinang tak semena-mena. Begitulah kecintaanku pada Habibullah.  Tapi setelah lama sibukkan diri dgn tanggungjawab harian dan kerja, kecintaan yang aku rasakan makin menipis.. aku rindukan masa2 air mata mengalir kerana Allah dan Islam.  Tak tau macam mana, hujung minggu yang sudah, semasa aku sedang mengajar Adib dgn mata pelajaran 'Tarbiyah' bila aje sampai cerita tentang kewafatan Rasulullah.  Aku baca dan menjadi sebak, tak dapat aku sampaikan kisah Rasul pada Adib kerana terlalu sebak. Mata Adib pun ikut berair. Adib jadi binggung kenapa aku menangis.  Subhanallah, terima kasih Ya Rab .. sesungguhnya hambaMu in beriman dgn Allah dan RasulNya. Amin